Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Dalam menuntut ilmu ada beberapa hal yang mesti kita jaga.
Adapun yang perlu dijaga oleh penulis di bagi menjadi sebuah tuntunan untuk beramal (amaliyah).
Amaliyah ini terbagi menjadi dua dan amaliyah inilah yang akan menjadikan kita selamat di dunia dan akhirat. Amaliyah yang pertama adalah amaliyah untuk didalam diri, yakni:
1. Beribadahlah kepada Allah SWT sepanjang hayatmu hanya untuk mengharap Ridho.
2. berittibalah (mengikuti) petunjuk Rasulullah Muhammad Saw berharap mendapat syafa’at beliau.
Dan untuk mendapati berkat, hendaknya:
3. Dekatkanlah diri kepada para Awlia Habibullah, para alim ulama sebab merekalah para pewaris kerasulan saat ini.
4. Berbakti tiada terputus kepada kedua Orang Tua, sebab mereka yang telah menyelamatkan persalinan dzahir kita kedunia ini.
5. Jagalah adabmu kepada Guru yang Mursyid yang menyelamatkan persalinan bathinmu, sebab mereka adalah orang tua yang mengenalkanmu kepada Tuhan.
Amaliyah yang kedua adalah amaliyah diluar diri, yang wajib kita kenakan saat menjalani hari dan kehidupan di dunia ini, yakni:
1. Gunakanlah petunjuk Al Qur’an.
2. Gunakan petunjuk Hadits dari Rasulullah Muhammad Saw.
3. Patuhilah pada hukum yang berlaku di negerimu.
Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah
seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan
kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk
memancarkan cahaya rahasia-rahasia Ilahi.
Bila cahaya dari “ Allah adalah cahaya bagi semua langit
dan bumi… ” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu
hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang
berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah
penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan
daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon
zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat
tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh
oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri.
Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahasia Allah menyinarinya?
Sekiranya cahaya rahasia Ilahi bersinar ke atasnya,
langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan
bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…” .
Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah
“…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu
rahasia-rahasia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang
secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui
sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan.
Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran
Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk
langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit,
melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi
kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit,
menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap
sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat
terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat
di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang
dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi
hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal
pagi mereka memohon keampunan Allah Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa
yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi
akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran
kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar”
dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan
memahami rahasia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula
malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan
yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan
tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah
pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu
dipersucikan. Cahaya rahasia-rahasia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu
berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.
0 comments:
Post a Comment