KITAB TOK GURU PERAMU
ILMU & MAKRIFAT
KESIMPULAN HATI
Pertama Hati
Yang Beriman Lawannya Kafir
Kedua Sum’ah
Lawannya Bid’ah
Ketiga Hati
Yang Taat Lawannya Maksiat
Dan HATI
inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan.
KEDUDUKAN NIAT
Bahawa NIAT
itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus
melaksanakan :-
QASAD
menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan
TAKRID
menentukan ZAT akan SISATNYA dan kepada yang disifatkan.
TA’AYUN
sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada
Sifat yang disifatkan.
Maka karamlah
DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU
tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata
dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat
itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata.
Kenapa engkau
merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-mata
? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang
menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku
sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai
hambaku.
Jangan
sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk
memujiKu . Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima
PemberianKu.
TIANG SOLAT
a.
HADIR HATI yakni menghadap
Allah dan membuangkan segala yang GHAYR (yang lain selain Allah ) didalam solat
b.
KHUSU’ / TETAP HATI didalam
solat yakni tidak merayau –rayau fikiran kemana mana.
c.
SEMPURNA bacaan FATIHAH
SAH SOLAT
a.
Sah solat kerana SAH WUDHU’
b.
Sah Wudhu kerana Sah ISTINJA
c.
Istinja itu membersihakan
anggota badan dari berupa bentuk najis besar mahupun kecil.
KESEMPURNAAN ISLAM
Nota oleh Fakir
– S = Soalan , J = Jawapan
S Yang
dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya ?
J Tiga Perkara
:-
a.
Diikrarkan dengan lidah
b.
Ditashdiqkan dalam hati
c.
Dikerjakan dengan anggota
S Berapa
tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam ?
J Empat
perkara :-
a.
Merendahkan diri keHadrat Allah
dan sesama islam
b.
Suci lidah dari memakan dan
meminum benda haram
c.
Suci lidah dari dusta dan
mengumpat
d.
Suci badan daripada Hadath
Besar
S Yang
dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ?
J Empat
perkara :-
a.
Sabar akan Hukum Allah SWT
b.
Ridha akan Qadha Allah SWT
c.
Menyerahkan Diri kepada Allah
dengan tulus ikhlas
d.
Mengikut Firman Allah dan
Hadith Nabi.
S Apakah yang
membinasakan Islam ?
J Empat
perkara :-
a.
Berbuat sesuatu amalan yang
tiada dasar dari Islam itu sendiri
b.
Mencela orang berbuat baik
& meringankan Hukum Allah SWT
c.
Diketahui tetapi tidak dibuat
d.
Tiada tahu tetapi malas
bertanya
ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU
Pendapat Tok
Peramu tentang Makrifat adalah seperti berikut :-
Adapun
Keputusan Makrifat itu ialah MENGENAL ALLAH. Kesudahannya putus ilmu itu yaitu
Mati...............
Adapun
Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara terbahagi kepada 5
Bahagian.......
BAHAGIAN PERTAMA
Hendaklah
diketahui 4 perkara yakni :-
1.
Pertama Allah sabelum bernama
Allah apa NamaNya ?
2.
Kedua Muhammad sebelum bernama
Muhammad apa namanya ?
3.
Ketiga sebelum hari yang tujuh
itu apa namanya ?
4.
Keempat sebelum Waktu Yang Lima
itu apa namanya waktu itu ?
BAHAGIAN KEDUA
Hendaklah juga
kamu ketahui 4 perkara lagi.
1.
Pertama 40 hari hendak mati
2.
Kedua 7 hari hendak mati
3.
Ketiga 3 harihendak mati
4.
Keempat 24 jam sebelum mati.
BAHAGIAN KETIGA
Lagi 4 perkara
yang perlu kamu ketahui
1.
Pertama hendaklah KENAL DIRI
kamu
2.
Kedua hendaklah kenal NYAWA
kamu
3.
Ketiga hendaklah kenal PENGHULU
kamu
4.
Keempat hendaklah kenal TUHAN
kamu
BAHAGIAN KEEMPAT
Hendaklah
ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN NYAWA kepada Allah . Ada 4 perkara juga.
1.
Pertama Serahkan dengan ZIKIR
AF’AL yakni La Ilaha Illallah
2.
Kedua serahkan dengan ZIKIR
ASMA’ yakni Allah Allah Allah
3.
Ketiga serahkan dengan ZIKIR
SIFAT yakni Hu Hu Hu
4.
Keempat serahkan dengan ZIKIR
ZAT yakni Ah Ah Ah
BAHAGIAN KELIMA
Hendaklah
ketahui berkenaan RUH juga 4 perkara
1.
Pertama RUH JASMANI yaitu TUBUH
kita yakni DIRI TERJALLI
2.
Kedua RUH RUHANI yaitu HATI
kita yakni DIRI TERPERI
3.
Ketiga RUH IDHAFI yaitu NYAWA
kita yakni DIRI YANG TERPERI
4.
Keempat RUH AL-QUDDUS yaitu
RAHSIA kita yakni DIRI YANG WUJUD.
MUHAMMAD..............
1.
Adapun nama MUHAMMAD itu jadi
TUBUH pada kita.
2.
Tubuh kepada Muhammad jadi
NYAWA pada kita
3.
Hati kepada Muhammad jadi NYAWA
kepada kita
4.
Nyawa kepada Muhammad jadi
RAHSIA kepada kita.
TUBUH.................
1.
Adapun yang bernama TUBUH itu
PERBUATAN yang datang daripada HATI.
2.
Perbuatan Hati datang daripada
Nyawa
3.
Perbuatan Nyawa datang daripada
Rahsia
4.
Perbuatan Rahsia datang
daripada AF’AL ALLAH.
FUAD................
Adapun yang
bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang yang melihat itu tempatnya pada
MATA HATI pada JANTUNG.
1.
Didalam jantung ada FUAD
2.
Didalam Fuan ada CAHAYA
3.
Didalam Cahaya ada RAHSIA
4.
Didalam Rahsia itu adalah
saperti Firman Allah SWT yang berbunyi :-
Al
Insanu Sirri...Wa Ana Sirruhu
Insan
itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya.
KENAPA NAMA MUHAMMAD ? ( Rahsia Muhammad )
Adapun sebab
Nabi Muhammad itu bernama Muhammad kerana Kehendak Allah.
Sekalian (
Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi kerana Muhammad saperti dinyatakan
didalam Hadith Qudsi :-
Sekalian jadi
daripadamu Ya Muhammad dan engkau jadi daripada AKU
Sabda Baginda
Rasul :-
Aku jadi
kerana Allah dan sekalian alam jadi kerana aku.
RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal )
KETERANGAN HURUM MIM AWAL MUHAMMAD ( MIM AWAL )
1.
Pertama menunjukkan ZAT
hambanya berdiri solat
2.
Kedua Tempat Makrifat tatkala
Qiam
3.
Ketiga Zikir Bagi Zat yaitu
ZIKIR RAHSIA
4.
Keempat tatkala itu Tuhan
bernama AHDIAH
5.
Kelima semasa itu Tuhan
Semata-mata . Belim ada terjadi apa apa akan masa itu bernama AH...( Alif Ha )
KETERANGAN HURUM HA MUHAMMAD ( HA )
Artinya SIFAT
HAMBA yakni RUKUK dalam solat
Tempat HAKIKAT
yaitu Rukuk
Zikir bagi
Sifat yakni Nyawa
Tatkala itu
Tuhan bernama WAHDAH
KETERANGAN HURUM MIM KEDUA MUHAMMAD ( MIM KEDUA )
Artinya ASMA’
HAMBA yaitu SUJUD dalam solat
Tempat TARIQAT
tatkala Sujud
Tatkala itu
Tuhan bernama WAHADIAH
Tatkala itu
Tuhan TAJALLI sabenar-benarnya meliputi NUR MUHAMMAD. Masa itu Tuhan bernama
ALLAH SWT
KETERANGAN
HURUM DAL MUHAMMAD ( DAL )
AF’AL HAMBA
yaitu DUDUK dalam solat
Tempat SYARIAT
yaitu tatkala dalam Duduk
Zikir bagi
Af’al yaitu TUBUH La Ilaha Illallah
Tatkala itu
Tuhan ibarat LA ( Lam Alif )
Tatkala itu
bercampur RAHSIA dengan NYAWA dan ANASIR ADAM ( Alif Dal Mim )
KEJADIAN DIRI
Adapun
kejadian DIRI itu terkandung dalam 20 perkara dibahagi kepada 4 bahagian yaitu
( ada 16 shj dicatitkan – fakir )
Bahagian Pertama
1.
Jenis ZAT Diri Wujud Rahsia
Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus
2.
Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa
Kita Wujud Mutlak Ruh Idhafi
Alam
Jabarut
3.
Jenis ASMA’ Diri Terperi Hati
kita Wujud Alam Ruh Ruhani
Tubuh
halus
4.
Jenis AF’AL Diri Tajalli
Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir
Bahagian Kedua
1.
Wujud Wujud mutlak – Wujud
Hakiki – Wujud Idhafi Wujud Tajalli
2.
Ilmu Ilmu Hakiki – Ilmu
Maklumat – Ilmu Fikir – Ilmu Ma’dom
Al-Asma’
3.
Nur Nur AlHadi – Nurul quddus –
Nur hadi – Nur Al-bayan
4.
Suhud Suhud Al-Ain – Suhud
Khadafi – Khaliq Al-Asmat Suhud
Taufil
Bahagian Ketiga
1.
Angin Angin Niat – Angin
Padtar – Angin Sarsa – Angin Serul
2.
Api Al-Hayat –
Al-Muja – Sajin
3.
Air Maal Hayat –
Maal Kus – Maal Zam Zam – Maal Hain
4.
Tanah Tanah Firdaus – Tanah Tiin –
Arbail baasir – Tiin Siipaab
Bahagian Keempat
Di Jadi Ruh
Masripah – Tubuh – Af’al
Wadi Jadi
Tulang – Tariqat – Hati – Asma’
Mani Jadi urat
– Haqiqat – Nyawa – Sifat
Ma’nikam Jadi
Nyawa – Makrifat – Rahsia – Zat
Bahagian Kelima
1.
LA ( Laf Alif )
Ucapan bagi
Tubuh menjaga kulit dan bulu Qalbi kepada Baitullah
2.
ILAHA ( Alif Lam Ha )
Ucapan
bagi Hati penjaga daging dan darah Qalbi kepada Baitulmakmur
3.
ILLA
( Alif Lam Alif )
Ucapan bagi
Nyawa penjaga urat dan tulang Qalbi kepada Arasy
4.
Allah ( Alif lam Lam Ha )
Ucapan kepada
Rahsia penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada Allah
KEJADIAN BENIH
HU QALBI itu
RABBI terdiri Aku didalam Sifat Nafsiah Aku dikandung dalam Wujud Allah La
Ilaha Illallah Muhammadur Rasullullah Fi Kul Lil Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da
Maa Wa Si A-Hu Il Mullah
Adapun asal
kejadian BENIH manusia daripada MA’NIKAM daripada Syurga, dirupakan Allah SWT
turun kepada HU GHAIB rupa Allah jadi Ma’nikam rupa gilang gemilang hingga
tujuh petala langit dan tujuh petala bumi
-
kemudian manikam itu jatuh
kepada ubun ubun bapa 100 hari
-
kemudian manikam itu jatuh kejantung
bapa 40 hari
-
kemudian manikam itu jatuh ke
Hati Nurani Cahaya Haq 7 hari
-
kemudian Manikam itu jatuh
TA’AYUN HATI berupa air 3 hari
-
kemudian manikam itu MERTABAT
ZAT pada pinggang bapa 24 jam
-
kemudian Manikam itu jatuh
kerahim ibu dengan rupa huruf ALIF
-
kemudian Manikam itu kepada
ALAM RUH berkumpul saperti biji . Itulah sebab ia bernama Manikam
-
kemudian manikam bersifat ia
bernama ALAM MITHAL. Ini yang bernama saperti Firman Allah : al insanu sirri wa
ana sirruhu
-
kemudian ia menilik dirinya terlalu
indah, lalu lupa kepada dirinya bila bercampur dengan darah ibunya. Maka
hilanglah rupa itu dan bernama pula ia ALAM AJSAM yakni Alam Kasar. Kemudian
bila sampai janji, keluarlah ia dari kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang
dilihat maka menangis ia sebab suara inilah bernama ALAM INSAN.
-
BILA AKHIR HAYAT
Bila akhir
hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta kita mendengar
ucapan :-
ALASTU BI RAB
BIKUM – AH ( Alif Ha ) ANA MA – KAA NA BII MAA KAA NA MASA KAA NA.
Maka jawablah :-
YA ANA LA ILA
HA ILLALLAH – 3 kali
Kemudian
nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH – 3 kali
Kemudian kita
nampak KALIMAH ALLAH maka kita zikir HU – 3 kali
Kemudian kita
dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA ILLALLAH ANA....serta terus kita
memandang akan KEBESARAN ALLAH maka kita zikir AH – AH- AH ( Alif Ha ).
Maka tamatlah
riwayat kita. Ruh kembali ke Rahmatullah. Hasanul Khatimah.
ALHAMDU ( Alif –Lam- Ha -Mim -Dal )
Saudara
pembaca yang budiman,
Mengikut
penceritaan kalimah ALHAMDU ialah kalimah pertama yang disuarakan oleh manusia
yakni Nabi Adam a.s yang bermaksud Segala Puji Milik Allah.
Tidak ada satu
pun manuskrip Ilmu Hakikat yang ada ditangan fakir yang tidak membicarakan
kalimah ALHAMDU ini. Masing masing memberi tafsiran tersendiri secara panjang
lebar.
Melalui ENTRI
kali ini fakir sampaikan penjelasan penulis manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK
GURU PERAMU berkaitan kalimah ALHAMDU ini.
....................................................................................
ALHAMDU .....( Alif – Lam – Ha – Mim - Dal )
ALIF
Huruf ALIF itu
WAKTU SUBUH. Nabi Adam a.s cahayanya putih. Malikatnya Jibrael Ruhani.
Sahabatnya Abu Bakar & Fatimah Keluar dari huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana
TAJALLI Tuhan dua mertabat yakni MERTABAT ZAT atau AHDIAH dan Mertabat SIFAT
atau WAHDAH. Istananya dibawah susu kiri . Keluar cahaya pada dahi. Kenyataan
pada kita ialah MULUT & LIDAH
LAM
Huruf LAM itu
waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning. Malaikatnya MAKRIBUN. Keluar dari
huruf Lam itu empat rakaat kerana TAJALLI Tuhan WUJUD – ILMU – NUR – SUHUD.
Istananya pada HATI di lambung susu kiri yaitu RUH MAZIFAH. Kenyataan pada kita
ialah HIDUNG & MATA
HA
Huruf HA ini
waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s Cahayanya Hijau Kuning. Malikaynya MIKAIL.
Sahabatnya pula ialah Omar. Keluar dari huruf HA ini empat rakaat yakni API –
AIR – ANGIn – TANAH. Istanayna pada LIMPA – Nafsu Jasmani. Kenyataan pada kita
ialah BAHU & DADA.
MIM
Huruf MIM itu
waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA. Cahayanya MERAH HITAM. Malikatnya
ISHDAH & WAHIDIAH. Istananya PARU – PARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan
pada kita ialah MATA ( Cahayanya )
DAL
Huruf DAL itu
waktu ISYA’ Nabinya Nabi NUH. Cahayanya HIJAU HITAM. Malikatnya IZRAFIL.
Sahabatnya ALI. Keluar dari huruf DAL itu 4 rakaat kerana Tajalli Tuhan DI –
WADI – MANI – MA’NIKAM. Istananya HEMPEDU dari bawah lidah hingga keteklinga.
Kenyataan pada kita ialah TAPAK KAKI.
Nota Fakir :-
Saudara
pembaca , fakir minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan penjelasan diatas
kerana fakir tidak faham.
Barangkali
mengikut ILMU TETENTU waktu waktu solat ada kaitan dengan kalimah ALHAMDU ini
kerana Allah jua.
Bagi saudara
pembaca yang ada mempelajari perkara ini eloklah beri penjelasan melalui
Ruangan KOMEN Entri ini untuk pemahaman mereka mereka yang tidak faham termasuk
fakir . Tq.
TEMPAT ZIKIR PADA TUBUH
ZIKIR QALBI
Dua jari bawah
susu kiri = QALBI = HATI
ZIKIR RUH
Dua jari bawah
susu kanan = RUH = NYAWA
ZIKIR SIRR
Dua jari bawah
susu kiri = SIRR = RAHSIA
ZIKIR KHOFI
Dua jari atas
susu kanan = KHOFI = TERSEMBUNYI
ZIKIR AKHFA
Ditengah dada
= AKHFA = TERLEBIH SEMBUNYI
ZIKIR NAFAS
Antara 2
kening meliputi sekalian kepala
ZIKIR KHALIAH
Di ubun ubun
meliputi sekalian jasad
20 SIFAT DIDALAM DIRI
1 WUJUD
Badan Insan SIFATKU
mula jadi menanggung didalam dunia
2 KIDAM
RUH JASMANI
kulitku mula jadi meliputi sekalian alam
3 BAQA’
RUHANI
dagingku mula jadi menanggung RAHSIA didalam DIRI
4 MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH
RUH NIBATI
darahku mula menjadi meliputi Alam Sendiri
5 BINAFSIHI
RUH INSAN
nafasku mula jadi berjalan ucapan didalam DIRI
6 WAHDANIAT
RUH RABBANI
hatiku asal mula jadi TAHU didalam DIRI
7 KUDRAT
RUH QUDUS urat
putihku yang tidak berdarah berjalan setiap dalam DIRI-ku
8 IRADAT
RUH KAHFI
tulangku asal mula jadi menguatkan Alam Sendiri
9 ILMU
RUH IDHAFI
benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam CERMIN HAQ
10 HAYAT
RUH NURANI
uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup alam sendiri.
11 SAMA’
BESI KURSANI
pendengaranku asal semula jadi
12 BASAR
PANCARAN MA’NIKAM
kalam aku berkata-kata dengan sendiri
13 KALAM
RUH MA’NIKAM
menzahirkan perkataan didalam dunia
14 QADIRUN
WUJUD MA’NIKAM
tali Ruhku KUNHI ZAT dengan Sifatku
15 MURIDUN
ILMU ALLAH
badanku asal mula jadi KALIMAH didalam diriku
16 ALIMUN
DARJAT ALLAH
kebesaranku asal mula jadi duduk didalam otak yang putih
17 HAIYUN
Amalan
terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi alam diriku
18 SAMIUN
Bersama ZAT
& SIFAT WAHDAH didalam Kalimah iman diriku
19 BASIRUN
RAHSIA NYAWA
dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat
20 MUTAKALLIMUN
Ghaib didalam Ka’bah Ghaib aku didalam Ka’bah Kaca Arasy
yang putih titik didalam Kalimah.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Permulaan
agama mestilah MENGENAL ALLAH.
Firman allah
:-
Ya Muhammad
kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri
kamu ialah Engakau Kenal Aku
Allah juga
Berfirman :-
Ya Muhammad
Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku.
Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.
Dengan ini
bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita
mesti betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang
dan jelas. Marilah kita renungi Firman Firman Allah saperti berikut :-
Aku tidak
memandang kepada rupamu yang cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak
Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama
debu yang berterbangan diudara ditiup angin
Engkau itu Aku
dan Aku itu engkau
Oleh itu
saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh
sungguh serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan
sebanar-benarnya. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI
SUFI dan WALINYA.
Sebanyak
manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan
perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal
ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah SWT. Perkara itu ialah :-
Pertama
Mengenal Allah
dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.
Kedua
sentiasa dalam
TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.
Ketiga
sentiasa
mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.
Keempat
Datang dari Allah
kembali kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti
yang jelas.
Sesungguhnya
keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu
perkara diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya
walaupun kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru,
jika kita tidak menemui / ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar
benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secra terang dan jelas.
RAHSIA DIDALAM DIRI
Inilah pada
menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :-
NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS
Sesungguhnya
bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.
Manakala Nyawa
itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat
sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti
rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.
Dan perkara
diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-
QA LAL LAH HU
TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu
rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan
Allah Taala
Barangsiapa
mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan
nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan
mengenal akan TUHANnya yang qadim adanya.
Ketahuilah
olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu
gerak dari hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari
bawah leher sampai ke hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT
NYAWA.
WUJUD
WUJU DU KA
ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU
Barangsiapa
mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK
ANA WUJU DA HU
Ada kita
dengan DIA
WA NAF SUHU
Ada DIA dengan
sendirinya.
Adapun WUJUD
itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT.
Ini adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh
dengan lafaz yang lain daripada Wujud itu kerana wujudnya itu menyatakan
Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan AIN ZAT namanya.
Adapun Wujud
itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.
Yang dikatakan
itu ialah ZAT.
Adapun Wujud
ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa
yang dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya.
Adapun WUJUD
DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan
Zat ? Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.
PERINGATAN TENTANG SEMBAHYANG
Barangsiapa
menyembah NAMA TANPA MAANA bahawasanya ia KUFUR
Barangsiapa
menyembah MAANA TANPA NAMA bahawasanya ia MUNAFIK
Barangsiapa
menyembah NAMA DAN MAANA dengan HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah MUKMIN sabenar
benarnya t
Barangsiapa
meninggalkan NAMA DAN MAANA bahawasanya mereka itulah ARIFBILLAH
Solah Daim itu
ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa apa perbuatan. Ianya ialah kerja
HAYAT atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur Muhammad yakni
Nyawa.
PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD MUSTAFFA
RASULLULLAH
NABI
Adapun Tubuh
Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AF’AL daripada ZAT
Adapun nyawa
Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH.
SIFAT
Adapun SIFAT
itu NYAWA kepada Muhammad
MUSTAFFA -
Adapun hati Mustaffa itu ASMA’ daripada ZAT ALLAH.
ASMA’
Adapun ASMA’
itu Nama NamaNya.
AF’AL
Adapun AF’AL
itu Tubuh Nabi namanya AF’AL.
RASULLULLAH -
Adapun Rasullullah itulah SIRR daripada ZAT ALLAH SWT.
ZAT
Adapun ZAT itu
TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya Ilmu Kalam - SIRRULLAH namanya.
Inilah kita
bertuhan pada Allah dengan 4 syarat yakni :-
Pertama ZAT
ALLAH itu Tuhan pada kita
Kedua SIFAT
ALLAH itu NYAWA pada kita
Ketiga ASMA’
ALLAH itu HATI pada kita
Keempat AF’AL
ALLAH itu TUBUH pada kita.
Dan TAJALLI Af’al
Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma’ Allah pada Hati kita dan Tajalli Sifat
Allah pada Nyawa kita dan Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni
sebenar-benarnya RAHSIA kita adanya.
ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT.
Inilah asal
Rukun 13 yang wajib diketahui dalam melakukan Solat.
Adapun Rukun
Solat itu datangnya daripada ALLAH – BAPA dan IBU.
DATANG DARIPADA ALLAH – 5 PERKARA.
1 Niat
2 Nyawa
3 Wujud
4 Nafas
5 Af’al
Yaitu didalam
bentuk Merasa – Mencium – Menjamah – Melihat & Mendengar
DATANG DARIPADA BAPA – 4 PERKARA
1 Tulang
2 Kuku
3 Rambut
4 Rupa
DATANG DARIPADA IBU – 4 PERKARA
1 Darah
2 Daging
3 Otak
4 Lendir
Terhimpun
menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SOLAT setiap hari
memulangkan sekalian HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita.
YANG MATI – YANG HILANG - YANG TINGGAL – YANG
PULANG
YANG MATI itu ada 6 perkara yakni – Wujud –
Anggota – Hawa – Nafsu – Gerak & Diam.
YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah
– Daging – Tulang & Kulit
YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni Iman
& Taat
YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA.
Pulang keempunyanya keasalnya.
HENING – QASAD – TAQRID & TA’YUN
HENING itu apa ?
Adapun HENING
itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu apakala
tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala bumi.
Maka dalam
cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT
saperti terlebih putih daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA.
Ada tanda pada
DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH NABI kita
Maka dalam
ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri dengan keadaan diri kita yang
kehambaan bagi RUH NABI saw yang dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR
MUHAMMAD namanya.
Dan cahaya
terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.
QASAD
Adapun QASAD
itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang ada huruf dan suara BUKAN
NIAT tetapi ADOM ( ADAM )
Adapun yang
sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada suara itu ialah ZAT ALLAH.
Inilah NIAT yang sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya
ialah kita yang berniat tetapi sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat
WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi ber-Sifat KAMIL MUKAMIL.
TA’RID
Adapun TA’RID
itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT
ALLAH ertinya NYATA SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga
namanya, UJUD IDHAFI dan INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu.
Asal Fardhu
ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli sekalian Ruh Adam itu.
Sebab
dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian nyawa itu tajalli
daripada NUR MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI :-
ANA MINALLAH
HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud
Daku daripada
Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam ini daripada cahayaku.
ANA MINALLAHU
WAL ANBIYA ......( tidak jelas = fakir ) yang bermaksud :-
Aku daripada
Allah sekalian anbia’ daripada aku.
ANA MINALLAHU
WAL MUKMINI NAA MIN NI
Aku daripada
Allah dan segala / semua mukminin daripada aku
Inilah
sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN
TUBUH / JASAD.
Inilah juga
sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH
BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak bergeraklah badan. Wallah hu Alam.
TA’YUN
Adapun TA’YUN
itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima waktu itu. Adapun yang
sebenarnya NYATA AF’AL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM
RUH YANG KASAR. Itulah sebenarnya TA’YUN yakni sebenar benar NYATA.
TAUHID
TAKBIRATUL IHRAM ( TI )
Adapun syarat
TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT.
Sebelum takbir
kita NIATKAN didalam Hati yang kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang
dikurniakan kepada kita ( kepada Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada
pendengaranku hanya ia ( pendengaran Zat Allah ) tiada penglihatanku hanya ia
tiada huruf tiada suara hanya ia tiada ciukmku hanya ia tiada gerak dan diamku
hanya ia.
HAKIKAT ZAT
AF’AL – HAKIKAT SOLAT
Adapun ertinya
SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN.
Yang menyembah
itu FANA’ - yang disembah itu BAQA’. Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka
KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.
Yang Menyembah
dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga
kerana Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan )
Maka hamba itu
tetaplah FANA’ sebab ditilik sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada
Allah – Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam’, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya
adalah SIFAT ZAT ALLAH semata-mata.
Adapun Tuhan
itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada
dikanan mahupun dikiri.
TIADA HAMBA
TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.
MEMULANGKAN
AMANAH.
Hadith Qudsi
yang bermaksud :-
1 TUKARKAN
CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU
2 MATIKAN DIRI
KAMU SEBELUM KAMU MATI
Adapun maksud
MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada kita.
Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung
Amanah itu ialah WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu
ialah ZAT ALLAH.
Adapun SYARAT
Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik
nafas kita dari dalam FUAD hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan
makam KAB FUSAIN yaitu antara dua bulu kening.
Maka kita
tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar
kepada wujud kita yang batin – hapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA
kepada suhud kita.
Maka hapus dan
karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat
laut semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah
fana’ sekalian kelakuan dan diri kita maka nyatalah BAQA’ keadaan ZAT Tuhan
semata-mata. Inilah dikatakan SUHUD sehingga sampai kepada SALAM.
Adapun SUHUD
itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam
Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN.
Inilah
SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada huruf tiada suara Wujud
Mutlak yakni Wujud Zat Wajibul Wujud.
Dengan ini
Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Salam para
pembaca yang budiman. Semuga sehat selalu dan terima kasih kerana sudi melawat
lamanblog kerdil ini dan membaca artikel artikel yang disiarkan.
Fakir
perhatikan tarikh haribulan yang dicatatkan pada setiap entri yang dipostkan
terlewat sehari dari tarikh sebenar fakir memasukkannya . Silap fakir sendiri
kerana tidak tahu untuk membetulkannya. Maklumlah dalam bab ini fakir kurang
ilmu. Asalkan dapat dicatatkan kira ok-lah pada fakir.
Entri yang
diambil dari manuskrip bertajuk diatas hampir selesai. Memang ada sedikit lagi
tetapi ianya merupakan ulangan dari isi kandungan yang telah diposkan . Jadi
fakir memilih untuk tidak memasukkannya.
Timbul hajat
dihati ini untuk memasukkan artikel artikel yang dipetik dari kitab kitab
karangan MUHYIDDIN IBN ARABI selepas ini untuk bacaan dan renungan kita
bersama. Pada fakir kitab kitab Ibn Arabi memang seronok dibaca berulang ulang
kali walaupun kekadang intipatinya susah juga untuk difahami.
Barangkali
ramai daripada saudara semua sudahpun membacanya dan barangkali juga ramai juga
yang belum dan ramai juga yang menganggap ajaran Ibn Arabi menyeleweng dari
Ilmu Agama Islam yang sebenarnya.
Selepas entri
Tok Peramu ini selesai fakir akan postkan rencana yang dipetik dari Kitab POHON
KEWUJUDAN / EKSISTENSI secara bersiri.............Terima kasih dan Salam Takzim
dari...........
Fakirabdillah.
..................................................................................
MANUSKRIP TOK PERAMU....
DALIL NAQLI –
AYAT AL-QURAN
Telah ada Aku
dalam dirimu – betapa tidak kamu lihat ?
SIFAT MAANI
& SIFAT MAKNUYAH
A DAERAH KITA
MENGENAL DIRI YANG KASAR
ADAM = JASAD
YANG KASAR
a. HIDUP Jasad
dengan hidup Nyawa
b. TAHU Jasad
dengan tahu Nyawa
c. BERKUASA
Jasad dengan berkuasa Nyawa
d. BERKEHENDAK
Jasad dengan kehendak Nyawa
e. MENDENGAR
Jasad dengan mendengar Nyawa
f. MELIHAT
Jasad dengan melihat Nyawa
g. BERKATA
Jasad dengan berkata Nyawa
B DAERAH KITA
MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN
MUHAMMAD =
NYAWA INSAN
a. HIDUP Nyawa
dengan HAYAT Tuhan
b. TAHU Nyawa
dengan ILMU Tuhan
c. BERKUASA
Nyawa dengan KUDRAT Tuhan
d. MENDENGAR
Nyawa dengan SAMA’ Tuhan
e. MELIHAT
Nyawa dengan BASAR Tuhan
f. BERKEHENDAK
Nyawa dengan IRADAT Tuhan
g. BERKATA
Nyawa dengan KALAM Tuhan
PANDANG WUJUD
YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK
ZIKIRNYA HU ALLAH
Adapun Allah
itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan Alam dengan limpah Sifat
Sifat diatas. Oleh itu Alam ini ialah Hakikat ZAT YANG ESA.
DALIL DALIL
AL-QURAN
WALLAH HU
MUHITHU LIL ALAMIN
Adapun Allah
itu MELIPUTI sekalian Alam
LA TATA HAR
RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH
Tiada bergerak
sesuatu walau sebesar zahrah sekalian melainkan dengan IZIn Allah
WA LA HAU LA
WALA QUWWA TA ILLA BILLAH
Tiada DAYA
UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah
FA IN NA MA
TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH
Dimana kamu
hadapkan wajahmu disitu Wajah Allah
Barang kamu
pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah terhenti pandang kamu
pada sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD
Jika kamu
pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang dengan HAYAT Tuhanmu. Jika
kamu pandang pengetahuanmu hendaklah kamu pandang ILMU Allah. Apabila kamu
pandang kuasamu hendaklah kamu pandang KUDRAT Allah. Begitulah seterusnya
dengan pancaindera kamu dan Sifat Sifat MAANI Allah yang lain.
Jika tidak demikian
halnya sia sialah pandangan itu dan DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu.
ALLAH AN - NIAT – AHDAH – WAHDAH – WAHIDIAH
ALLAH – Alif - Lam –Lam- Ha
ALIF itu AHDIAH ZAT
LA TAAYUN pun
ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang tiada huruf dan tiada suara.
Inilah USALLI SOLAT artinya Aku Solat Sifatnya NAFSI WUJUD
Adapun ALIF
itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT mertabat INSAN dan AHADIAH.
Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan
SIFAT ZAT ertinya ESA pada pihak TANZIL.
LAM AWAL = ALIF DIATAS
Adapun ALIF
DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL
maknanya SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH yakni TA’AYUN AWAL ertinya NYATA
YANG PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT ALLAH menjadi NUR MUHAMMAD – AIN SABITAH –
WUJUD IDHAFI – INSAN KAMIL pun ia juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal
FARDHU yang sebenarnya yakni SIFAT MAANI.
LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH
Adapun Alif
Di-bawah itu dalil menyatakan ASMA’NYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR
maknanya ASMA’ mertabat WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TA’AYUn THANI ertinya
NYATA YANG KEDUA maka Tajallilah RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh
inilah menjadi Tubuh Adam daripada huruf Alif Di-Atas.
Maka huruf ini
maknanya Zat Alif Di-Atas maka jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah.
Maka jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA’ ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL
. Maka 4 huruf itu empat Sifat Alif Lam Lam Ha
ALLAH HU AKBAR
ALLAH – ( Alif – Lam – Lam – Ha ) – Empat Sifat
ALIF = ZAT
LAM AWAL =
SIFAT
LAM AKHIR =
ASMA’
HA = AF’AL
AKBAR – ( Alif – Kaf – Ba – Ra )
ALIF = KAHAR
KAF = JAMAL
BA = JALAL
RA = KAMAL
ALLAH = GHAIBUL GHUYUB
ALIF = LA
TA’AYUN = MERTABAT ZAT
LAM AWAL =
TA’AYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH
LAM AKHIR = TA’AYUN
THANI = MERTABAT ADAM = NYAWA
HA = MERTABAT
TUBUH = JASAD
ZAT DIRI YANG BERDIRI
SENDIRI .
Wujudnya di
Alam LAHUT. Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL YAKIN
SIFAT DIRI DENGAN ZAT.
Wujudnya Alam
JABARUT. Zikirnya HU HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN
ASMA’ DIRI YANG TERPERI.
Wujudnya di
Alam MALAKUT. Zikirnya ALLAH 3 x . Ilmunya – ILMU YAKIN
AF’AL DIRI YANG TAJALLI.
Wujudnya
diAlam SAHADAH. Zikirnya LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya – ILMU YAKIN.
Jelaslah
kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya.
Dengan wujud
itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya. Lantas terzahir pulalah
CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan
KEAGUNGAN itu sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR.
ENTRI KEENAM BELAS ( 16 – TERAKHIR. )
HAKIKAT FATIHAH................
Ia Menyatakan
DIRI
BISMILLAH..............
Menjadi ia
diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya
Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.
ALHAMDULULLAH.......
Ya Muhammad
yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun Aku. Alhamdulillah itu Ya
Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu sendiri.
RABBUL ALAMIN................
Rabbul Alamin
itu Aku Tuhan Sekalian Alam.
AR RAHMAN – AR – RAHIM...........
Ya Muhammad
yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun Aku juga.
MALIKIYAU MID
DIIN..............
Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar...engkaulah
kerajaannya.
IYYA KANA’ BUDU................
Ya Muhammad
yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..
WA IYYA KAA NAS TAA IIN....
Ya Muhammad
tiada kenyataanKu jika engkau tiada...
IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM...
Ya Muhmammad
Awal dan Akhir itu Aku
SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM..
Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau ialah engkau itu
kekasihKu.
GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM..
Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu
kekasihKu
WA LAD DHAL LIN...
Ya Muhammad
jika tiada Aku maka tiadalah engkau..
AMIN..
Ya Muhammad
Rahsiamu itu Rahsia Aku.
Yakni yang
disembah itu tiada suatu juapun didalamnya melainkan Tuhanku. Maka apabila
Solat ghaiblah didalamnya . Apabila ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya.
Yang Solat itu
tiada dengan lafaz dan maknanya dengan citarasa yang solat amat rapat kepada
Zat Yang Esa dengan kata ALLA HU AKBAR.
Maka
barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan Nyawa-nya maka kekallah
Sifat dengan Tuhannya – tiada mengesakan dirinya dengan Tuhannya. Sabda Nabi
saw :-
Tatkala kamu
Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna melainkan Wujud Mutlak
semata-mata.
0 comments:
Post a Comment