13: TABIR CAHAYA DAN KEGELAPAN
Allah berfirman: “Sesiapa
yang buta di dunia buta juga di akhirat”. (Surah Bani Israil, ayat 72).
Bukan buta mata yang di kepala
tetapi buta mata yang di hati yang menghalang seseorang daripada melihat cahaya
hari akhirat. Firman Allah: “Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di
dalam dada”. (Surah Hajj, ayat 46).
Hati menjadi buta disebabkan oleh
kelalaian, yang membuat seseorang lupa kepada Allah dan lupa kepada kewajipan
mereka, tujuan mereka, ikrar mereka dengan Allah, ketika mereka masih berada di
dalam dunia. Sebab utama kelalaian adalah kejahilam terhadap hakikat
(kebenaran) undang-undang dan peraturan Tuhan. Apa yang menyebabkan seseorang
itu berterusan di dalam kejahilam ialah kegelapan yang menyeluruh menutupi
seseorang dari luar dan sepenuhnya menguasai batinnya. Sebahagian daripada
nilai-nilai itu yang mendatangkan kegelapan ialah sifat-sifat angkuh, sombong,
megah, dengki, bakhil, dendam, bohong, mengumpat, fitnah dan lain-lain sifat
keji. Sifat-sifat yang keji itulah yang merendahkan ciptaan Tuhan yang sangat
baik sehingga jatuh kepada tahap yang paling rendah.
Untuk membebaskan seseorang
daripada kejahatan itu dia perlu menyucikan dan menyinarkan cermin hatinya.
Penyucian ini dilakukan dengan mendapatkan pengetahuan, dengan beramal menurut
pengetahuan itu, dengan usaha dan keberanian, melawan ego diri, menghapuskan
yang banyak pada diri, mencapai keesaan. Perjuangan ini berterusan sehingga
hati menjadi hidup dengan cahaya keesaan – dan dengan cahaya keesaan itu mata bagi
hati yang suci akan melihat hakikat sifat-sifat Allah di sekeliling dan pada
dirinya.
Hanya selepas itu baharu kamu
ingat akan kediaman kamu yang sebenar yang darinya kamu datang. Kemudian kamu
akan ada rasa kerinduan dan keinginan untuk kembali kepada rumah kediaman yang
sebenar, dengan pertolongan Yang Maha Mengasihani roh suci pada diri kamu akan
menyatu dengan-Nya.
Bila sifat-sifat kegelapan
terangkat cahaya mengambil alih tempatnya dan orang yang memiliki mata rohani
akan melihat. Dia mengenali apa yang dia lihat dengan cahaya nama-nama sifat
Ilahiah. Kemudian dirinya dibanjiri oleh cahaya dan bertukar menjadi cahaya.
Cahaya ini masih lagi hijab menutupi cahaya suci Zat, tetapi masanya akan
sampai bila ini juga akan terangkat, yang tinggal hanya cahaya suci Zat itu
sendiri.
Hati mempunyai dua mata, satu
yang sempat dan satu lagi yang luas. Dengan mata yang sempat seseorang boleh
melihat kenyataan sifat-sifat dan nama-nama Allah. Penglihatan ini berterusan
sepanjang perkembangan kerohaniannya. Mata yang luas melihat hanya kepada apa
yang dijadikan kelihatan oleh cahaya keesaan dan yang esa. Hanya bila seseorang
sampai kepada daerah kehampiran dengan Allah dia akan melihat, di dalam alam
penghabisan bagi kenyataan Zat Allah, Yang Esa dan Mutlak.
Bagi mencapai makam-makam ini
ketika masih di dalam dunia, di dalam kehidupan ini kamu mestilah membersihkan
diri kamu daripada sifat-sifat keduniaan, yang ego dan keegoan. Jarak yang kamu
mengembara di dalam kenaikan kamu ke arah makam-makam tersebut bergantung kepada
sejauh mana kamu mengasingkan diri daripada hawa nafsu yang rendah dan ego diri
kamu.
Pencapaian kamu kepada matlamat
yang kamu inginkan bukanlah seperti barang kebendaan sampai ke tempat
kebendaan. Ia juga bukan ilmu yang membawa seseorang kepada sesuatu yang
menjadi diketahui (daripada tidak tahu), juga bukan pertimbangan yang
memperolehi apa yang difikirkan, bukan juga khayalan yang menyatu dengan apa
yang dikhayalkan. Matlamat yang kamu ingin capai ialah kesedaran tentang
ketiadaan (kekosongan) kamu daripada segala sesuatu kecuali Zat Allah.
Pencapaian ini adalah perubahan suasana yang terjadi, bukan perubahan pada
sesuatu yang nyata. Di sana tiada jarak, tiada dekat atau jauh, tiada
kesampaian, tiada ukuran, tiada arah, tiada ruang.
Dia Maha Besar, segala puji
untuk-Nya. Dia Maha Pengampun. Dia menjadi nyata dalam apa yang Dia sembunyikan
daripada kamu. Dia menyatakan Diri-Nya sebagaimana Dia melabuhkan tirai di
antara Dia dengan kamu. Pengenalan tentang Diri-Nya tersembunyi di dalam
ketidakupayaan mengenali-Nya.
Jika ada di antara kamu yang
sampai kepada cahaya yang diterangkan dalam buku ini ketika kamu masih lagi
berada di dalam dunia, buatlah muhasabah (hisab) terhadap diri kamu, buku
catatan kamu tentang amalan kamu. Hanya di bawah cahaya kamu boleh melihat apa
yang kamu sudah buat dan sedang buat; buat kiraan kamu, seimbangkannya. Kamu
akan membaca buku catatan kamu di hadapan Tuhan kamu pada hari pembalasan. Itu
adalah muktamad. Kamu tidak ada peluang mengimbanginya di sana . Jika kamu
lakukan di sini ketika kamu masih ada masa, kamu akan termasuk ke dalam
golongan yang diselamatkan. Jika tidak azab dan seksa menjadi bahagian kamu di
akhirat. Hidup ini akan berakhir. Di sana ada azab di dalam kubur, ada hari
pembalasan, ada neraka yang menimbang sehingga kepada dosa yang paling kecil
dan kebaikan yang paling kecil. Kemudian ada jambatan yang lebih halus daripada
rambut dan lebih tajam daripada mata pedang, penghujungnya ialah taman,
sementara di bawahnya ialah neraka yang penuh dengan kecelakaan, penderitaan,
semuanya adalah berkekalan apabila kehidupan yang singkat ini berakhir.
0 comments:
Post a Comment