2: PENGENALAN
Segala puji dan puja untuk
Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Dia yang mengumpul
segala pengetahuan di dalam Zat-Nya dan Dia jualah Pencipta segala pengetahuan
dengan keabadian. Segala kewujudan bersumberkan Wujud-Nya. Segala puji
bagi Allah lantaran Dia menghantarkan Quran yang mulia yang mengandungi di
dalamnya sebab-sebab ia diturunkan iaitu untuk memperingatkan manusia tentang
Allah. Dihantarkan-Nya kepada pembimbing yang memandu manusia pada jalan yang
benar dengan yang paling Perkasa di antara agama-agama. Selawat dan salam ke
atas Nabi Muhammad s.a.w yang tidak diajar oleh makhluk tetapi diajar oleh-Nya
sendiri. Baginda s.a.w adalah nabi-Nya yang terakhir, penyambung terakhir pada
rantaian kenabian yang diutus kepada dunia yang sedang hanyut di dalam huru
hara, yang paling mulia di kalangan nabi-nabi-Nya, dimuliakan dengan kitab suci
yang paling suci dan paling mulia. Keturunan baginda s.a.w adalah pembimbing bagi
orang-orang yang mencari. Sahabat-sahabat baginda s.a.w adalah pilihan dari
kalangan orang yang baik-baik dan murah hati. Semoga kesejahteraan dan
keberkatan yang melimpah-limpah dikurniakan kepada ruh-ruh mereka.
Tentu sekali yang paling berharga
di antara yang berharga, paling tinggi, permata yang tidak ternilai, barang
perniagaan yang paling menguntungkan manusia, adalah ilmu pengetahuan. Hanya
dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan Allah, Tuhan sekalian
alam. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mengikuti rasul-rasul-Nya
dan nabi-nabi-Nya. Orang yang berpengetahuan, yang bijaksana, adalah
hamba-hamba Allah yang tulen yang Dia pilih untuk menerima perutusan Ilahi. Dia
lebihkan mereka daripada yang lain semata-mata dengan kebaikan rahmat-Nya yang
Dia curahkan kepada mereka. Mereka adalah pewaris nabi-nabi, pembantu-pembantu
mereka, yang dipilih oleh rasul-rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada
sekalian manusia. Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan perasaan yang amat
seni dan kebijaksanaan yang sangat tinggi.
Allah Yang Maha Tinggi memuji
orang-orang yang memiliki hikmah kebijaksanaan:
“Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri, dan sebahagian daripada mereka cermat, dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan dengan izin Allah, yang demikian adalah kurniaan yang besar”. ( Surah Fatir, ayat 32).
“Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri, dan sebahagian daripada mereka cermat, dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan dengan izin Allah, yang demikian adalah kurniaan yang besar”. ( Surah Fatir, ayat 32).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pemegang
hikmah kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi. Penduduk langit mengasihi mereka
dan di atas muka bumi ini ikan-ikan di laut bertasbih untuk mereka hingga
kepada hari kiamat”.
Dalam ayat lain Allah Yang Maha
Tinggi berfirman:
“Tidak takut kepada Allah
daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan” (Surah
Fatir, ayat 28).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pada
hari pembalasan, Allah akan mengumpulkan sekalian manusia, kemudian
mengasingkan yang berilmu di antara mereka dan berkata kepada mereka: ‘Wahai
orang-orang yang berilmu. Aku kurniakan kepada kamu ilmu-Ku kerana Aku
mengenali kamu. Tidak aku kurniakan hikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku
hukumkan kamu pada hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telah
ampunkan kamu' ”.
Segala puji milik Allah, Tuhan
sekalian alam lantaran Dia kurniakan makam yang tinggi kepada hamba-hamba-Nya
yang taat dan memelihara mereka daripada dosa dan menyelamatkan mereka daripada
diseksa. Dia berkati ahlul hikmah dengan menghampiri mereka.
Sebahagian daripada murid-murid
kami meminta supaya kami sediakan sebuah buku yang memadai buat mereka. Sesuai
dengan permintaan dan keperluan mereka kami siapkan buku yang ringkas ini
Semoga ia dapat mengubati dan memuaskan mereka serta yang lain juga. Kami namakan
buku ini “ Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar ” atau “rahasia
dalam rahasia-rahasia yang Kebenarannya sangat diperlukan”. Dalam pekerjaan ini
kenyataan di dalam kepercayaan dan perjalanan kami dibukakan. Setiap orang
memerlukannya.
Dalam menyampaikan hasil kerja
ini kami bahagikannya kepada 24 bab kerana terdapat 24 huruf di dalam pengakuan
suci “La ilaha illah Llah, Muhammadun rasulu Llah” dan juga terdapat 24
jam dalam satu hari.
0 comments:
Post a Comment