24: DOA DAN ZIKIR BERHUBUNG DENGAN JALAN SULUK
Sesiapa yang memilih untuk
memisahkan dirinya daripada dunia supaya dia dapat menghampiri Allah hendaklah
tahu ibadat-ibadat seperti doa dan zikir yang sesuai untuk tujuan tersebut.
Melakukan ibadat tersebut memerlukan suasana yang suci dan sebaik-baiknya
berada di dalam keadaan berpuasa. Bilik khalwat biasanya berhampiran dengan
masjid kerana syarat bagi salik perlu meninggalkan bilik khalwatnya lima kali
sehari bagi mengerjakan sembahyang berjemaah dan pada ketika tersebut hendaklah
menjaga dirinya agar tidak menonjol, menyembunyikan diri dan tidak berkata-kata
walau sepatah perkataan pun. Sesiapa yang di dalam suluk hendaklah mengambil
langkah tegas untuk lebih menghayati dan mematuhi prinsip-prinsip, dasar-dasar
dan syarat-syarat sembahyang berjemaah.
Setiap malam, ketika tengah
malam, salik mestilah bangun untuk mengerjakan sembahyang tahajjud, yang
bermaksud suasana jaga sepenuhnya di tengah-tengah tidur. Sembahyang tahajjud
membawa symbol kebangkitan setelah mati. Bila seseorang berjaya bangun untuk
melakukan sembahyang tahajjud dia adalah Pemilik hatinya dan pemikirannya
bersih. Agar suasana jaga ini tidak rosak dia tidak seharusnya melibatkan diri
dengan kegiatan harian seperti makan dan minum.
Sebaik sahaja bangun dengan
menyedari dibangkitkan daripada kelalaian kepada kesedaran, ucapkan: “Alhamduli-Llahi
ahyani ba'da ma amatani wa-ilaihin-nusyur- Segala puji bagi
Allah yang membangkitkan daku setelah mengambil hidupku. Selepas mati semua
akan dibangkitkan dan kembali kepada-Nya”.
Kemudian bacakan sepuluh ayat
terakhir surah al-‘Imraan, iaitu ayat 190 – 200. Selepas itu mengambil wuduk
dan berdoa:
“Kemenangan untuk Allah! Segala puji untuk-Mu. Tidak ada yang lain daripada-Mu yang layak menerima ibadat. Daku bertaubat dari dosaku. Ampuni dosaku, maafkan kehadiranku, terimalah taubatku. Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memaafkan. Wahai Tuhanku! Masukkan daku ke dalam golongan mereka yang menyedari kesalahan mereka dan masukkan daku ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang salih yang memiliki kesabaran, yang bersyukur, yang mengingati Engkau dan yang memuji Engkau malam dan siang”.

Kemudian dongakkan pandangan ke
langit dan buat pengakuan:
“Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, Esa, tiada sekutu, dan aku naik saksi Muhamamd adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Daku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-Mu. Daku berlindung dengan keredaan-Mu daripada murka-Mu. Daku berlindung dengan-Mu daripada-Mu. Aku tidak mampu mengenali-Mu sebagaimana Engkau kenali Diri-Mu. Aku tidak mampu memuji-Mu selayaknya. Daku adalah hamba-Mu, daku adalah anak kepada hamba-Mu. Dahiku yang di atasnya Engkau tuliskan takdir adalah dalam tangan-Mu. Perintah-Mu berlari menerusi daku. Apa yang Engkau tentukan untukku adalah baik bagiku. Daku serahkan kepada-Mu tanganku dan kekuatan yang Engkau letakkan padanya. Daku buka diriku di hadapan-Mu, mendedahkan semua dosaku. Tiada Tuhan kecuali Engkau, dan Engkau Maha Pengampun, aku yang zalim, aku yang berbuat kejahatan, daku menzalimi diriku. Untukku kerana daku adalah hamba-Mu ampunkan dosa-dosaku. Engkau jualah Tuhan, hanya Engkau yang boleh mengampunkan”.

Kemudian menghadap ke arah kiblat
dan ucapkan: “Allah Maha Besar! Segala puji untuk-Nya. Aku ingat dan
membesarkan-Nya”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali:
“Segala kemenangan buat Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali:
“Segala puji dan syukur untuk Allah”.
Kemudian ucapkan sepuluh kali:
“Tiada Tuhan melainkan Allah”.
Kemudian lakukan sembahyang
sepuluh rakaat, dua rakaat satu salam. Nabi s.a.w bersabda, “Sembahyang malam
dua, dua”. Allah memuji orang yang bersembahyang malam. “Dan di
sebahagian malam hendaklah engkau sembahyang tahajjud sebagai sembahyang sunat
untukmu, supaya Tuhanmu bangkitkan kamu di satu tempat yang terpuji”. (Surah
Bani Israil, ayat 79).
“Renggang rusuk-rusuk mereka
dari tempat tidur, dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan penuh
harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu mereka
belanjakan”. (Surah as-Sajadah, ayat 16 & 17).
Kemudian pada akhir malam bangun
semula untuk mengerjakan sembahyang witir tiga rakaat, sembahyang yang menutup
semua sembahyang-sembahyang pada hari itu. Pada rakaat ketiga selepas
al-Faatihah bacakan satu surah dari Quran, kemudian angkatkan tangan seperti
pada permulaan sembahyang sambil ucapkan “Allahu Akbar!” dan bacakan doa qunut.
Kemudian selesaikan sembahyang seperti biasa.
Setelah matahari terbit orang
yang di dalam suluk perlu melakukan sembahyang isyraq, sembahyang yang
menerangi, dua rakaat. Selepas itu melakukan sembahyang istihadha' dua rakaat,
mencari perlindungan dan keselamatan daripada syaitan. Pada rakaat pertama
selepas al-Faatihah bacakan surah al-Falaq. Dalam rakaat kedua selepas
al-Faatihah bacakan surah an-Nas.
Bagi mempersiapkan diri untuk
hari itu lakukan sembahyang sunat istikharah, sembahyang meminta petunjuk Allah
untuk keputusan yang benar pada hari itu. Pada tiap rakaat selepas al-Faatihah
bacakan ayat al-Kursi. Kemudian tujuh kali surah al-Ikhlas. Kemudian pagi itu
lakukan sembahyang dhuha, sembahyang kesalihan dan kedamaian hati. Lakukan enam
rakaat. Bacakan surah asy-Syams dan surah ad-Dhuha. Sembahyang dhuha diikuti
oleh dua rakaat kaffarat, sembahyang penebusan terhadap kekotoran yang mengenai
seseorang tanpa boleh dielakkan atau disedari. Tersentuh dengan kekotoran
walaupun secara tidak sengaja masih berdosa, boleh dihukum. Ini boleh berlaku
walaupun di dalam suluk, misalnya melalui keperluan tubuh badan. Nabi s.a.w
bersabda, “Jaga-jaga dari najis – walaupun ketika kamu kencing, satu titik
tidak mengenai kamu – kerana ia adalah keseksaan di dalam kubur”. Setiap
rakaat, selepas membaca al-Faatihah bacakan surah al-Kausar tujuh kali.
Satu lagi sembahyang – panjang,
walaupun empat rakaat – harus dilakukan dalam satu hari semasa khalwat atau
suluk. Ini adalah sembahyang tasbih – sembahyang penyucian atau pemujaan. Jika
seseorang itu mengikuti mazhab Hanafi dia melakukannya empat rakaat satu salam.
Jika dia berfahaman Syafi'e dilakukannya dua rakaat satu salam, dua kali. Ini
jika dilakukan di siang hari. Jika dilakukan malam hari Hanafi dan Syafi'e
sependapat, dua rakaat satu salam, dua kali.
Nabi s.a.w memberitahu mengenai
sembahyang ini kepada bapa saudara baginda, Ibnu Abbas, “Wahai bapa saudaraku
yang ku kasihi. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu satu pemberian.
Perhatikanlah aku akan Sampaikan kepada kamu satu yang sangat baik. Ingatlah
aku akan berikan kepada kamu kehidupan dan harapan baharu. Ingatlah aku akan
berikan kepada kamu sesuatu yang bernilai sepuluh daripada perbuatan-perbuatan
yang baik. Jika kamu kerjakan apa yang aku beritahu dan ajarkan kepada kamu
Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu yang lalu dan yang akan datang, yang lama
dan yang baharu, yang kecil dan yang besar. Lakukan secara diketahui atau tidak
diketahui, secara tersembunyi atau terbuka”. “Engkau kerjakan sembahyang empat
rakaat. Pada tiap-tiap rakaat selepas al-Faatihah kamu bacakan satu surah dari
Quran. Ketika kamu berdiri bacakan lima belas kali: Subhana Llahi il-hamdu
li-Llahi la ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar, wa-la hawla wa-la quwwata illa
billahil l-‘Ali I-‘Azim. Bila kamu rukuk, tangan di atas lutut, bacakan sepuluh
kali. Ketika berdiri ulanginya sepuluh kali lagi. Ketika kamu sujud bacakan
sepuluh kali. Bila kamu bangun dari sujud bacakan sepuluh kali. Ketika duduk
bacakan sepuluh kali. Sujud semula bacakan sepuluh kali. Duduk semula bacakan sepuluh
kali. Kemudian bangun untuk rakaat kedua. Lakukan serupa untuk rakaat yang lain
sehingga empat rakaat”. “Jika kamu mampu lakukan sembahyang ini setiap hari.
Jika tidak lakukan sekali sebulan. Jika tidak mampu juga lakukan sekali
setahun. Jika masih tidak mampu lakukan sekali seumur hidup”.
Jadi, empat rakaat itu tasbih
diucapkan sebanyak tiga ratus kali. Sebagaimana Nabi s.a.w ajarkan kepada bapa
saudara baginda Ibnu Abbas, dianjurkan juga kepada orang yang bersuluk
melakukan sembahyang tersebut.
Selain daripada tugas tersebut
orang yang di dalam suluk juga dianjurkan membaca Quran sekurang-kurangnya
sebanyak 200 ayat sehari. Dia juga hendaklah mengingati Allah secara terus
menerus dan menurut suasana rohani, samada menyebut nama-nama-Nya yang indah secara
kuat atau senyap di dalam hati. Ingatan di dalam hati secara senyap hanya
bermula bila hati kembali jaga dan hidup. Bahasa zikir ini adalah perkataan
rahsia yang tersembunyi.
Setiap orang mengingati Allah
menurut keupayaan masing-masing. Allah berfirman: “Hendaklah
kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 198).
Ingatlah kepada-Nya menurut
kemampuan kamu. Pada setiap tahap kerohanian ingatan itu berbeza-beza. Ia
mempunyai satu nama lagi, ia mempunyai satu sifat lagi, satu cara lagi. Hanya
orang yang ditahap itu tahu zikir yang sesuai.
Orang yang di dalam suluk juga
dianjurkan membaca surah al-Ikhlas seratus kali sehari. Perlu juga membaca
Selawat seratus kali sehari. Dia juga perlu membaca doa ini sebanyak seratus
kali:
“Astaghfiru Llah al-‘Azim, la ilaha illa Huwa l-Hayy ul-Qayyum – mimma qaddamtu wa-ma akhkhartu wa-ma ‘alantu wa-ma asrartu wa-ma anta a'lamu bihi minni. Anta l-Muqaddimu wa-antal Muakhkhiru wa-anta ‘ala kulli syai in Qadir”.

Masa yang selebihnya setelah
dilakukan ibadat-ibadat yang telah dinyatakan, gunakan untuk membaca Quran dan
lain-lain pekerjaan ibadat.
0 comments:
Post a Comment