27: PENUTUP
Pengembara di atas jalan kepada
kebenaran mestilah mempunyai kebijaksanaan, kefahaman dan pengertian yang
mendalam akan fitnah sesuatu. Ini semua merupakan kelayakan awal yang perlu
dimilikinya. “Allah ciptakan hamba bijaksana dan berkebolehan yang meninggalkan
dunia tempat huru hara mereka ke laut yang hanya ombak menjadi ujian mereka
perbuatan baik adalah kapal yang menempuh gelombang”.
Orang memasuki jalan ini kerana
ada matlamat yang dia tuju. Perhatiannya tetap teguh kepada matlamat namun, dia
tidak boleh abaikan pentingnya persiapan untuk pengembaraan ini. Bila dia
mempersiapkan diri dia mesti berjaga-jaga jangan ditipu oleh rupa yang menawan
dan dia mesti tidak membebankan dirinya dengan muatan atau menjadikan
perhentian atau setesen kerohanian sebagai matlamat terakhir.
Orang yang berada pada jalan
kerohanian mengatakan segala perbuatan kepunyaan Yang Menciptakannya, manusia
tidak sepenuhnya bertanggungjawab; di dalam tangannya perbuatan boleh kelihatan
lain daripada apa yang sebenarnya. Allah berfirman: “Apakah
mereka (berasa) aman (daripada) percubaan Allah? Kerana tidaklah ada yang
berasa aman daripada percubaan Allah melainkan kaum yang muflis”. (Surah
al-A'raaf, ayat 99).
Inilah dasar bagi jalan ini;
meninggalkan semua muatan di belakang dan bergantung kepada Allah semata-mata,
tidak dibingungkan oleh rangsangan pada setesen-setesen di sepanjang
perjalanan. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Wahai Muhammad! Sampaikan
khabar gembira kepada pendosa-pendosa yang Aku Maha Pengampun. Tetapi sampaikan
kepada mereka yang benar-benar kepunyaan-Ku dan ikhlas pada niatnya untuk-Ku
bahawa Aku sangat cemburu (terhadap apa yang mereka inginkan di samping Aku)”.
Kekeramatan yang zahir pada
mereka yang hampir dengan Allah dan Setesen kerohanian yang mereka nyatakan
adalah benar. Tetapi orang-orang yang seperti ini masih tidak terlepas daripada
rangsangan Allah dan ujian-Nya merangsang kepada dosa – kadang-kadang mereka
diberi kejayaan bila mereka mula berbuat dosa, jadi mereka fikir suasana atau
keadaan mereka adalah milik mereka dan kekeramatan itu juga milik mereka. Hanya
nabi-nabi dan mukjizat mereka yang bebas daripada ujian demikian. Adalah
dikatakan ketakutan kehilangan iman ketika tercabut nyawa dari badan adalah
satu-satunya penjagaan yang akan menjamin iman pada saat akhir.
Hassan al-Basri pernah berkata
bahawa kepada orang yang hampir dengan Allah berjaya melalui ketakutan mereka
terhadap Allah. Di dalam diri mereka takut jauh lebih kuat daripada harap
kerana mereka tahu bahayanya diperbodohkan oleh sifat semula jadi manusia. Tipu
daya ini menarik manusia keluar daripada jalan tanpa mereka menyedarinya. Dia
juga berkata orang yang sihat takutkan penyakit dan harapannya adalah sedikit,
sementara orang yang berpenyakit tidak lagi takutkan ditimpa penyakit dan
harapannya untuk sihat bertambah.
Nabi s.a.w bersabda, “Jika
ditimbang takut dan harap pada orang beriman kedua-duanya adalah sama” .
Dengan rahmat Allah, ketika saat akhir kita, Allah lebihkan harapan kita
daripada ketakutan. Nabi s.a.w bersabda, “ Semua
umatku akan menghembuskan nafas terakhirnya dengan kepercayaan dan harapan
kepada rahmat Allah” , kerana Allah menjanjikan, “Keampunan-Ku
meliputi segala-galanya” , dan, “Rahmat-Ku
mendahului murka-Ku”.
Allah Maha Pemurah, Penyayang dan
Pengampun, tentu sekali para hamba boleh bergantung kepada-Nya. Namun
pengembara pada jalan kerohanian mesti takut dan menyelamatkan dirinya daripada
kemurkaan Allah. Untuk itu perlu dia serahkan semua yang dimilikinya – dirinya
sendiri, kewujudannya – letakkan segala-galanya di kaki-Nya dan berlindung
dengan-Nya di dalam-Nya.
Wahai pencari. Duduklah di atas
lutut kamu di hadapan Tuhan kamu! Akui dan bertaubat terhadap
kesalahan-kesalahan kamu! Tanggalkan daripada diri kamu segala kewujudan
kebendaan! Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa kamu yang lalu dan nantikan di
pintu keampunan-Nya tanpa membawa apa-apa, dalam keadaan berhajat penuh
kepada-Nya! Jika kamu lakukan ini tentunya kamu akan menerima rahmat-Nya,
berkat-Nya, makrifat-Nya, kasih-Nya dan belas kasihan-Nya; dan semua dosa-dosa
kamu dan kekotoran kamu akan hancur dan terlucut daripada kamu. Kerana Dia
jualah Maha Besar, Pemurah, Penyayang, Tuhan yang kekal abadi, Maha Berkuasa!
Kami memohon keselamatan dan
kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhamamd s.a.w, keturunan baginda,
sahabat-sahabat baginda dan sekalian pengikut baginda. Segala puji dan syukur
kepunyaan Allah; kami serahkan segala-galanya ke dalam tangan-Nya.
AMIN!
0 comments:
Post a Comment