17: MAKSUD IBADAT SECARA AMALAN ZAHIR DAN
IBADAT BATIN
Lima kali sehari semalam, pada
masa yang telah ditentukan, sembahyang diwajibkan kepada sekalian Muslim yang
baligh dan berkuasa. Ini diperintahkan oleh Allah: "Kerjakan
sembahyang dengan tetap dan akan sembahyang yang terlebih penting ".
(Surah al-Baqaraah, ayat 238).
Sembahyang menurut peraturan
agama (rukun sembahyang) terdiri daripada berdiri, membaca Quran, rukuk, sujud,
duduk, membaca dengan kedengaran beberapa doa. Pergerakan dan perbuatan ini
melibatkan bahagian-bahagian tubuh, pembacaan diucap dan didengar melibatkan
pancaindera dan deria, adalah sembahyang diri zahir. Kerana tindakan diri zahir
ini dilakukan berulang-ulang, acapkali, di dalam setiap lima waktu sehari,
bahagian pertama menurut perintah Allah "Dirikan sembahyang" ,
adalah lebih dari satu. Bahagian kedua perintah Allah "terutamanya
sembahyang pertengahan" merujuk kepada sembahyang hati,
kerana hati berada di tengah-tengah pada kejadian manusia. Tujuan sembahyang
ini adalah mendapatkan kesejahteraan pada hati. Hati berada di tengah-tengah,
antara kanan dengan kiri, antara hadapan dengan belakang, antara atas dengan
bawah, antara kebaikan dnegan keburukan. Hati adalah pusat, titik pengimbang,
penengah. Nabi s.a.w bersabda, "Hati anak Adam berada di antara dua jari
Yang Maha Penyayang. Dia balikkan ke arah mana yang Dia kehendaki" . Dua
jari Allah adalah sifat kekerasan-Nya yang berkuasa menghukum dan sifat
keindahan-Nya dan pengasih-Nya yang memberi rahmat dan nikmat.
Sembahyang sebenar adalah
sembahyang hati. Jika hati lalai daripada sembahyang, sembahyang zahir tidak
akan teratur. Bila ini terjadi kesejahteraan dan kedamaian diri zahir yang
diharapkan diperolehi daripada sembahyang zahir itu tidak diperolehi. Sebab itu
Nabi s.a.w bersabda, "Amalan sembahyang mungkin dengan hati
yang diam".
Sembahyang adalah penyerahan yang
dicipta kepada Pencipta. Ia adalah pertemuan di antara hamba dengan Tuannya.
Tempat pertemuan itu ialah hati. Jika hati tertutup, lalai dan mati, begitu
juga maksud sembahyang itu, tidak ada kebaikan yang sampai kepada diri zahir
daripada sembahyang yang demikian, kerana hati adalah intipati atau hakikat
atau zat bagi jasad, semua yang lain bergantung kepadanya. Nabi s.a.w bersabda,
"
Ada sekeping daging di dalam tubuh manusia, jika ia baik maka baiklah semua
anggota tetapi jika ia jahat maka jahat pula anggota. Ketahuilah, itulah
hati".
Sembahyang yang diperintahkan
oleh agama (syariat) dilakukan pada waktu tertentu, lima kali sehari semalam.
Sebaiknya dilakukan di dalam masjid secara berhemah, menghadap ka'abah,
mengikut imam yang tidak munafik dan tidak ria'.
Masa untuk bersembahyang batin
tidak mengira masa dan tidak berkesudahan, bagi kehidupan ini dan juga akhirat.
Masjid bagi sembahyang ini ialah hati. Jemaahnya ialah bakat-bakat kerohanian,
yang mengingat dan mengucapkan nama-nama Allah Yang Esa di dalam bahasa alam
batin. Imam
sembahyang ini ialah kehendak yang tidak dapat disekat, arah kiblatnya ialah
keesaan Allah, yang di mana-mana, dan keabadian-Nya dan keindahan-Nya. Hati
yang sejati adalah yang boleh melakukan sembahyang yang demikian. Hati yang
seperti ini tidak tidur dan tidak mati. Hati dan roh yang demikian berada di
dalam sembahyang yang berterusan, dan manusia yang memiliki hati yang demikian,
samada dia dalam jaga atau tidur, sentiasa berbuat kebaktian. Sembahyang batin
yang dilakukan oleh hati adalah keseluruhan kehidupannya. Tiada lagi bunyi
bacaan, berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Pembimbingnya, imam sembahyang itu
adalah Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda berkata-kata dengan Allah Yang Maha
Tinggi, "Engkau
yang kami sembah dan Engkau jualah yang kami minta pertolongan". (Surah
Fatihaah, ayat 4) . Ayat suci ini ditafsirkan sebagai tanda
manusia sempurna, yang melewati atau melepasi dari menjadi kosong, hilang
kepada segala kebendaan, kepada suasana keesaan. Hati yang sempurna demikian
menerima rahmat yang besar daripada Ilahi. Satu daripada rahmat itu dinyatakan
oleh Nabi s.a.w, " Nabi-nabi dan yang dikasihi Allah meneruskan
ibadat mereka di dalam kubur seperti yang mereka lakukan di dalam rumah mereka
ketika mereka hidup di dalam dunia". Dalam lain
perkataan kehidupan abadi hati meneruskan penyerahan kepada Allah Yang Maha
Tinggi.
Bila sembahyang tubuh badan dan
sembahyang diri batin berpadu, sembahyang itu lengkap, sempurna. Ganjarannya
besar. Ia membawa seseorang secara kerohanian kepada kehampiran dengan Allah,
dan secara zahir kepada peringkat yang paling tinggi mampu dicapai. Dalam alam
kenyataan mereka menjadi hamba Allah yang taat. Suasana dalaman pula mereka
adalah orang arif yang memperolehi makrifat sebenar tentang Allah. Jika
sembahyang zahir tidak bersatu dengan sembahyang batin, ia adalah kekurangan.
Ganjarannya hanyalah pada pangkat atau kedudukan, tidak membawa seseorang
hampir dengan Allah.
1 comments:
877 Casino, LLC | DMC
777 Casino, LLC, 777, 양주 출장마사지 is the second largest casino operator in the world located in the 도레미시디 출장샵 United States. Founded in 2008, the company has a 창원 출장안마 market 서울특별 출장마사지 value 수원 출장안마 of approximately $28
Post a Comment